Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar ditubuhkan pada 1 Januari 1984. Pada asalnya ia merupakan cawangan Sekolah Kebangsaan Bandar Mas. Namanya diambil sempena kedudukan lokasinya yang terletak di dalam Lembaga Bandaran Bandar Penawar yang dimajukan oleh KEJORA. Warga pendidiknya ketika itu hanyalah terdiri daripada 72 orang murid dan dibimbing oleh 6 orang guru sahaja.
Pada mulanya, SK Bandar Penawar ini beroperasi di Dewan Besar Kejora sebelum ia berpindah ke bangunan yang sebenarnya pada 1 April 1984. Kawasan seluas 10 ekar itu menempatkan pejabat, bilik darjah dan kantin serta padang permainan akibat daripada kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk, maka sebuah bangunan 2 tingkat telah didirikan pada bulan September 1987. Bangunan ini mengandungi 10 buah bilik darjah dan beberapa buah bilik khas serta sebuah kantin. Kelas prasekolah yang mula diperkenalkan pada 1992, telah diwujudkan di bangunan asal yang telah diubahsuai. 10 buah unit rumah guru juga siap dibina pada akhir 1997 dan mula beroperasi pada Januari 1998.Sebuah bangunan tambahan sumbangan KEJORA iaitu ”Dewan Bahtera Pendidikan” siap dibina pada pertengahan1997. Pada 2000, 2 buah bilik darjah telah dibina berhampiran dewan yang kini digunakan sebagai kelas pra sekolah UTP dan kelas tahun 1UMS.
Dengan bilangan murid yang mencecah hampir 1000, sekolah ini telah melaksanakan 2 sessi pengajaran dan pembelajaran.Mulai 2003 dengan terbinanya SK Bandar Penawar 2, maka SK Bandar Penawar telah melaksana 1 sessi saja.Kini SK Bandar Penawar telah mempunyai murid seramai 393 orang dari tahun 1hingga tahun 6 dan seramai 50 orang murid prasekolah. Penaajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh seramai 28 guru termasuk guru besar dan 3orang penolong kanan.
Hari ini, SK Bandar Penawar mula berdiri seiring dengan sekolah-sekolah cemerlang di Daerah Kota Tinggi. Sejarah pentadbiran SK Bandar Penawar bermula dengan beberapa orang guru besar iaitu :-
1 EN NORDIN BIN HITAM 01.01.1984 - 30.04.1985
2 EN ISHAK BIN HJ NOR 01.06.1985 - 01.12.1987
3 EN OSMAN BIN ABDULLAH 16.12.1987 - 30.11.1997
4 EN A RAZAK BIN A KARIM 01.12.1997 - 15.01.2003
5 TN HJ DALI BIN MOHD ALI 16.01.2003 - 03.04.2008
6 EN NANDIRI BIN MOHAMAD 01.05.2008 - 12.01.2009
7 PN HJH BIBI SAKINAH BT HARON KHAN 16.03.2009 - sekarang
SENARAI CALON 5A UPSR 2010
1. MOHAMMAD AMSYAR IZZ BIN ADAM
2. MOHAMMAD AZAHARI BIN AHAD
3. MUHAMMAD LUQMAN BIN HASSAN
4. MUHAMMAD IZZAT BIN ZAITON
5. MOHAMMAD SYAQIUDEIN NAHMIE BIN MISRONI
6. KHAIRUL FAHMI BIN OSHMAN
7. MUHAMMAD ASYRAF BIN AZLAN
8. SARA NAJIHAH BTE A.JALIL
9. NUR MARSYA AMANI BTE JAMIL
10.NUR ALISA BTE AZLI
11.FAIZ AFHAM BIN M.FUAD
12.NUR FATIN SYAFIQAH BTE NORHISHAM
13.FARZANA ALIA BTE MAHMOOD
14.AMYLEIA NORISHA BTE OTHMAN
14.FITRIYAH BTE HAIRUMAN
15.NADIATUL SHAHEERA BINTI AMIRUL HAKEM
16.NURUL AMIRA BTE ANUAR
17.QURRATU AQUILAH BTE NORHASMI
18.SYAJARATULDURR
Tuesday, March 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)